MPU23012 : PENGAJIAN ISLAM
TAJUK : GERAKAN SYIAH MEMECAHBELAHKAN PERPADUAN UMAT ISLAM
NAMA PENSYARAH : PUAN NAIMAH BINTI ISMAIL
NO
|
NAMA AHLI
|
1.
|
MUNIRAH BINTI ISMAIL
|
2.
|
NUR HUDA HIKMAH BINTI MUIN
|
3.
|
NUR IYLIA NATASYA BINTI MOHD YUSOF
|
4.
|
NORADILAH BINTI MOHD ASRI
|
RADIKALISME DAN EKSTREMISME DALAM BERAGAMA
- Gerakan Syiah Memecahbelahkan Perpaduaan Umat Islam -
- MAKSUD SYIAH
Dari segi bahasa - bermaksud satu kumpulan atau kelompok manusia
Dari segi Bahasa Arab - bererti pengikut dan pembela seseorang
Dari segi istilah - Golongan yang berpendapat bahawa Saidina Ali Bin Abi Talib RA lebih berhak dan utama daripada Sahabat-Sahabat untuk memegang tampuk pemerintahan
- Gerakan Syiah ini mampu memecahbelahkan perpaduan umat islam kerana fahaman yang dibawa dapat memesongkan akidah setiap umat islam.Pada zaman ini,telah wujudnya pelbagai sumber yang boleh memesongkan akidah umat islam dengan mudah terutama kepada generasi muda masa kini.Media sosial yang sangat dekat dengan generasi masa kini sering memaparkan pelbagai info yang mampu memesongkan akidah umat islam.
- SEJARAH KEMUNCULAN SYIAH
Adapun dari segi sejarah kemunculan Syiah, mereka telah lama wujud dalam sejarah Islam, bahkan mereka telah muncul sejak zaman Khalifah Ali bin Abi Talib sendiri. Beliau yang memerintah pada tahun 36H sebelum wafat pada tahun 40H. Lebih kurang 1400 tahun dahulu.
Sejarah menyebutkan pada tahun 37H, berlaku salah faham yang memuncak sehingga berlaku pertempuran antara dua orang sahabat yang mulia iaitu Saidina Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu dan Saidina Muawiyah bin Abi Sufyan radhiyallahu ‘anhuma. Berlaku perselisihan sehingga berlaku peperangan Siffin.
Dipendekkan cerita, akhirnya dua orang sahabat ini mencapai satu kata sepakat untuk berdamai mencari jalan penyelesaian. Akhirnya kedua-dua kumpulan ini berpisah dan kembali ke negeri masing-masing. Muawiyah kembali ke Damsyiq di Syria, dan Ali kembali ke Kufah di Iraq.
Sejarah mencatatkan bahawa ketika Ali bersama tenteranya dalam perjalanan kembali ke Kufah, sebahagian besar dari tentera Ali berpisah dan keluar dari tentera Ali. Mereka tidak setuju dengan apa yang dicapai antara Ali dan Muawiyah. Dikatakan seramai 12 ribu orang keluar dari tentera Ali. Mereka ini diistilahkan oleh para Ulama sebagai kumpulan Khawarij.
Kumpulan-kumpulan ini walaupun telah lama wujud, tetapi sehingga ke hari ini, fikrah-fikrah atau ideologi-ideologi mereka terus subur di kalangan masyarakat Islam. Keluarnya kumpulan Khawarij yang tidak setuju dengan perdamaian dan kata sepakat antara Ali dan Muawiyah ini, mereka akhirnya mengkafirkan Saidina Ali dan mengkafirkan Muawiyah.
Tetapi di sini kita tidak mahu bercerita tentang kumpulan Khawarij. Yang kita hendak faham adalah Syiah. Dari perselisihan Khawarij dengan Saidina Ali, bermulalah bibit-bibit Syiah. Mereka bermula dalam keadaan ‘innocent’. Mereka tidak salah, tidak ada penyimpangan atau kesesatan, iaitu mereka yang bersama dengan Ali. Ali di satu pihak bersama penyokongnya, dan Khawarij di satu pihak lain yang menentang. Sejarah Syiah bermula dari orang-orang yang menyokong Ali pada ketika itu.
Mereka pada mulanya menyokong Ali, dan ini tidak ada masalah kerana ramai di kalangan para Sahabat yang juga menyokong Ali, walaupun ada juga yang menyokong Muawiyah. Di situ tidak ada masalahnya. Perselisihan bermula dalam masalah perbezaan ideologi politik, ada yang menyokong Muawiyah dan ada yang menyokong Ali. Tetapi lama kelamaan, sifat ta’assub (fanatik) mula meresap di kalangan sebahagian penyokong Ali.
Pada mulanya mereka sokong sahaja, tetapi peringkat seterusnya mereka mula mengangkat Ali. Mereka mengatakan Ali yang paling bagus. Tetapi pada peringkat ketiga dan seterusnya, di sini berlaku penyimpangan dan kesesatan yang jelas.
Sejarah mencatatkan bahawa orang-orang Syiah pada peringkat ketiga dan seterusnya mula menyimpang secara jelas dari Islam apabila mereka mula terkesan dengan satu hasutan dari seorang yang bernama Abdullah bin Saba’.
Abdullah bin Saba adalah seorang Yahudi dari Yaman. Dia pergi ke Iraq kononnya masuk Islam. Tetapi betapa cepatnya dapat dilihat kesesatannya, apabila dia menyeru penyokong-penyokong Ali ini supaya mengangkat Ali dan menolak sahabat yang lain, bahkan mencela para sahabat yang lain sehingga mengkafirkan para Sahabat yang lain. Ini adalah kemuncak kesesatan orang Syiah, iaitu apabila mereka mengkafirkan para Sahabat.
Kita kena faham kedudukan sahabat Rasulullah. Mereka bukan calang-calang orang. Mereka adalah orang-orang yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk berdamping dengan utusanNya iaitu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dan membantu Baginda dalam dakwah. Tetapi orang Syiah mencela sehingga mengkafirkan mereka.
Mereka tidak berhenti di situ. Sebahagian mereka sampai ke peringkat keempat yang paling dahsyat. Dari kalangan pengikut Abdullah bin Saba’ juga yang sehingga mengangkat Ali sebagai Tuhan. Mereka mendakwa Allah menjelma dalam diri Ali bin Abi Talib. Ini semua berlaku pada zaman Ali. Betapa sesatnya pemikiran orang-orang Syiah pada peringkat ketiga dan keempat ini.
Apabila Ali melihat sikap mereka yang terlalu mengagung-agungkan dirinya, tentu sahaja Ali tidak berdiam diri. Siapa sahaja yang mengangkat dia sebagai Tuhan, jelas itu adalah jelas perbuatan kufur, mengeluarkannya dari Islam. Maka Ali memberi amaran kepada mereka supaya bertaubat. Tetapi disebabkan pemikiran sudah rosak, mereka terus mengatakan Ali Tuhan.
Ali akhirnya menghukum mereka dengan sedahsyat-dahsyat hukuman iaitu dibakarnya mereka. Tetapi pengikut Syiah yang melampau, apabila melihat Ali memberikan hukuman begitu, adakah mereka bertaubat? Tidak, bahkan sebaliknya. Mereka berkata, “Kami pada hari ini lebih beriman dengan engkau wahai Ali sebagai Tuhan, kerana tidaklah yang menyiksa dengan api kecuali Tuhan api iaitu Allah. Maka engkau adalah Allah.”
- RUKUN KEPERCAYAAN GOLONGAN SYIAH
➤Tauhid - Bahawa ALLAH SWT itu SATU
➤Adalah - Bahawa Allah SWT itu Maha Adil
➤Qiyamah - Bahawa Allah SWT akan membangkitkan manusia untuk pegadilan di Hari Kiamat
➤Nubuwwah - Bahawa Nabi dan Rasul yang ma'asum dilantik oleh Allah untuk mengajar dan membimbing manusia. Muhammad s.a.w merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir.
➤Imamah - Bahawa Allah melantik orang-orang tertentu sebagai pemimpin umat manusia , yakni sebaga imam. Umat manusia sentiasa ada seorang Imam dan hanya seorang Imam sahaja boleh wujud pada bila-bila masa. Sesetengah Rasul adalah Imam.
- CIRI-CIRI SYIAH
- Golongan syiah tidak membasuh kaki ketika berwuduk malah mereka hanya menyapu air dibahagian atas kaki sahaja
- Golongan syiah mengamalkan nikah mut'ah(nikah kontrak)
- Pengikut syiah tidak mengakhiri solatnya dengan salam,malah mereka menepuk pehanya beberapa kali
- Mereka membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12
- Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 di dalam rumah khususnya di dalam bilik
- Mereka harus bertaqiah iaitu berpura-pura untuk menarik golongan Ahli SunnahWalJamaah untuk masuk syiah
ARTIKEL BERKAITAN GERAKAN SYIAH


- FAKTOR/PUNCA PENYEBARAN SYIAH DI MALAYSIA
➔ Orang Melayu Islam yang sangat cinta dan kasih terhadap keluarga Nabi Muhammad SAW
- Diatas asas cinta dan sayang tesebut mereka mudah menerima dakwah syiah yang melampau dalam membesarkan dan mengagungkan keluarga Rasulullah SAW.
➔Hukum fekah Syiah yang longgar dan mudah
- Sesetengah orang terpengaruh dengan hukum fekah dan Syiah yang lebih mudah mengikut pendapat mereka berbanding mazhah-mazhab lain seperti boleh jama' (himpun) solat lima waktu dalam satu waktu sahaja .
- Mereka juga berasa bangga dengan nikah mut'ah dalam mazhab Syiah.
➜Kesungguhan pendakwah-pendakwah Syiah
- Mereka mengedarkan risalah, majalah dan bahan-bahan edaran lain untuk menyebarkan fahaman mereka.
- CARA PENYEBARAN SYIAH DI MALAYSIA
⧫ Melalui ziarah rasmi dan tidak rasmi
- Rombongan-rombongan pemimpin Iran ke Malaysia ziarah dengan program ceramah, keterangan berkenaan dengan akidah dan ajaran Syiah.
⧫Melalui pelajar yang belajar di negara luar
- Contohnya, pelajar Malaysia yang belajar di Iran dan mendapat biasiswa khas dari kerajaan Iran sebagaimana terdapat juga pelajar di hantar ke Pakistan untuk mempelajari akidah dan ajaran Syiah.
⧫Melalui pegawai-pegawai luar negara
- Mereka mengadakan ziarah ke Pusat Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah. Melalui pemberian hadiah berupa buku, majalah Syiah kepada Perpustakaan umum, universiti, kolej. masjid dan penerbit-penerbit buku.
- SOAL PEMAKAIAN SYIAH
- Syiah nampak lebih kemas penampilannya berbanding dengan orang lain dan ini juga antara faktor yang mendorong masyarakat termasuk golongan professional mengikuti ajaran Syiah selain daripada strategi menggunakan tokoh-tokoh besar.
- PERBEZAAN SYIAH DAN AHLUS SUNNAH
SYIAH
|
AHLUS SUNNAH
|
Al-Quran telah diselewengkan oeleh para sahabat r.a
|
Al-Quran terpelihara daripada sebarang penyelewengan
|
Ali lebih hebat daripada Rasulullah
|
Rasulullah s.a.w lbih hebat daripada sekalian makhluk
|
‘ Aishah isteri Rasullah sebagai penzina’
|
Aishah isteri Rasulullah adalah suci dan merupakan ibu kepada orang-orang yang beriman
|
Abu Bakar dan Umar adalah penjenayah
|
Abu Bakar dan Umar adalah sebaik-baik umat Islam selepas Rasulullah s.a.w dan para nabi dan rasul
|
Mencerca kebanyakkan para sahabat dan menghukummereka adalah fasiq dan murtad
|
Menghormati para Sahabat dan mempercayai mereka dipuji oleh Allah SWT
|
- IMPLIKASI/KESAN GERAKAN SYIAH
✦Akidah seseorang individu akan rosak
- Orang muslim yang mengamalkan ajaran Islam wajib bertaubat kerana pegangan Syiah ini sangat menyeleweng daripada landasan agama Islam. Akidah umat Islam amat penting agar tidak berlakunya murtad.
✦Keruntuhan institusi kekeluargaan
- Berlakunya kerentakan di kalangan ahli keluarga yang mempercayai ajaran sesat.Keretakan ini berlaku disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga .
✦Negara Islam akan mundur
- Penglibatan dalam ajaran sesat akan menjadikan diri seseorang tidak proaktif dan membuang masa kerana ajaran syiah ini sudah terang lagi bersuluh menentang ajaran islam.
✦Pengabaian dalam tanggungjawab
- Penglibatan dengan ajaran syiah boleh membawa kepada pengabaian tanggungjawab sebagai seorang suami,isteri,ibu,bapa mahupun anak.Hal ini demikian kerana,fahaman syiah ini terlalu taksub dengan sesuatu benda dan boleh menyebabkan kelalaian tanggungjawab.
✦Wujud keganasan
- Kepatuhan membutatuli kepada pemimpin ajaran ini memudahkan pengikutnya untuk melakukan keganasan seperti menindas umat islam dengan cara mendera fizikal atau mengadakan peperangan untuk menunjukkan pemberontakan.
- LANGKAH-LANGKAH MENANGANI GERAKAN SYIAH
⃝ Mengadakan program pemulihan akhlak
- untuk membentuk diri remaja zaman sekarang daripada terpengaruh dengan perkembangan semasa.Kebelakangan ini,kita kerap melihat pelbagai video tidak bermoral telah tular di media sosial,Ini menunjukkan masyarakat masa kini mudah terpengaruh.Oleh itu,program pemulihan akhlak ini sangat sesuai untuk membentuk semula rohani setiap individu itu sendiri.
⃝ Kerjasama
-Umat islam perlulah bekerjasama dengan pihak yang sepatutnya untuk membanteras ajaran syiah ini dengan melaksanakan kampen kesedaran syiah serta memperkenalkan kepada masyarakat tentang ciri-ciri syiah yang boleh kita mengenalpasti fahaman yang dianuti seseorang itu.
⃝ Melengkapkan diri dengan segala ilmu agama
- Dengan berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber rujukan kita sepanjang zaman.
⃝ Media massa
- Memaparkan segala info keagamaan terutama sekali di kaca televisyen dan radio.Perkara ini perlu diperluaskan lagi di media sosial,dimana sumber utama masyarakat kini menggunakannya sepanjang hari.Oleh itu,pihak sewajarnya perlulah menyekat golongan yang memegang fahaman syiah dari berleluasa di media massa mahupun media sosial.
Dapat simpulkan bahawa golongan syiah ini sudah berani bergiat aktif di negara kita.Malah,kegiatan mereka sukar diberkas memandangkan cara dan perlakuan mereka normal seperti individu yang menganut agama islamyang lain.Golongan syiah ini tetap mengenakan jubah,tudung,serban malah ada yang berpurdah.Ini adalah salah satu taktik mereka untuk menarik satu persatu masyarakat agar mengikut mereka mengamalkan syiah.
- KESIMPULAN
Dapat simpulkan bahawa golongan syiah ini sudah berani bergiat aktif di negara kita.Malah,kegiatan mereka sukar diberkas memandangkan cara dan perlakuan mereka normal seperti individu yang menganut agama islamyang lain.Golongan syiah ini tetap mengenakan jubah,tudung,serban malah ada yang berpurdah.Ini adalah salah satu taktik mereka untuk menarik satu persatu masyarakat agar mengikut mereka mengamalkan syiah.
Selain itu,golongan syiah ini cuba mempengaruhi pemikiran masyarakat tidak kira usia sama ada kanak-kanak,remaja,atau golongan dewasa supaya ajaran syiah yang dibawa mendapat ikutan yang ramai berbanding pengikut agama islam.Golongan syiah ini terbentuk pada zaman dahulu kerana ingin menentang umat islam kerana umat islam percaya kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul dan nabi terakhir sedangkan golongan syiah mempercayai bahawa khalifah selepas Rasulullah adalah Ali bin Abi Talib.
Jelaslah bahawa syiah adalah suatu fahaman yang boleh merosakkan aqidah malah fikiran masyarakat juga.Rakyat masa kini perlulah lebih bertanggungjawab dan prihatin dengan keadaan sekeliling terutama di kawasan kediaman.Hal ini dapat membantu pihak berkuasa dan Jabatan Agama Islam di setiap negeri untuk membanteras penyebaran syiah yang dilaksanakan secara tersembunyi ini.Syiah masa kini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana seiring dengan perkembangan teknologi,pelbagai media massa boleh mereka gunakan untuk mempengaruhi minda masyarakat.
Akhir sekali, pihak-pihak berkuasa telah melaksanakan usaha mendekati golongan syiah ini akan tetapi tidak berhasil untuk mengesan dan mengenalpasti bukti ajaran yang dibawa.Oleh itu,pelbagai rancangan perlulah diwujudkan agar,masyarakat islam terhindar dari golongan yang menentang agama islam ini.Media massa perlu menyekat aktiviti golongan syiah agar fahaman syiah tidak berleluasa di seluruh media massa.Pengguna media massa perlulah mendalami agama islam dan bijak mengenalpasti ajaran yang tersebar di dunia.



No comments:
Post a Comment